Ahli Prestige hadiri seminar

Ahli Prestige hadiri seminar

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Bank Baiduri telah me-nganjurkan seminar pelaburan bagi para ahli Prestige dalam mempelbagaikan portfolio mereka berhubung Unit Trusts, di Emperor’s Court, Pusat Beli-belah Hua Ho Manggis, kelmarin.

Seminar yang diadakan dengan kerjasama Baiduri Capital, satu entiti di bawah Kumpulan Bank Baiduri yang pakar dalam sekuriti perdagangan itu dihadiri oleh Pengurus Besar Baiduri Capital, Peng Eng Soon, dan para Perancang Kewangan Senior Bertauliah yang diketuai oleh Peniaga Senior Bertauliah di Baiduri Capital, Joel Loo yang berpeluang hadir pada acara itu untuk menemui klien-kliennya.

Dalam seminar itu, para pelanggan Baiduri Prestige mempunyai peluang untuk mempelajari mengenai kepentingan pelaburan dan perlunya untuk mempelbagaikan portfolio mereka, sebagai tambahan dalam menambah pengetahuan tentang membina matlamat pelaburan.

Seminar itu bermula dengan pembentangan mengenai kepelbagaian Unit Trusts dan berakhir dengan sesi soal jawab serta kuiz.

Joel Loo ketika menyampaikan seminarnya yang dihadiri oleh ahli Prestige Bank Baiduri.
Joel Loo ketika menyampaikan seminarnya yang dihadiri oleh ahli Prestige Bank Baiduri.

Menurut kenyataan Bank Baiduri, Unit Trusts telah diuruskan oleh pakar profesional pelaburan. Ia adalah bentuk wang ringgit kolektif, daripada ramai para pelabur, yang dilaburkan dalam pelbagai kategori aset seperti saham, bond, instrumen pasaran wang jangka pendek, dan sekuriti lain.

Ia adalah produk pelaburan yang menawarkan para pelanggan Baiduri akan kepelbagaian kemudahan, kecairan kewangan dan berpotensi mendapat pulangan tinggi daripada simpanan tetap tradisional.

Baiduri Capital menawarkan lima jenis berlainan dana Unit Trust iaitu BlackRock Global Multi Asset Income Fund, BlackRock Asian Tiger Bond Fund, BlackRock China Fund, BlackRock Global Allocation Fund, dan BlackRock Global Equity Income Fund.

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pro-gram-program dan Akaun Istimewa Bank Baiduri, Hajah Maripaz binti Abdullah dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Kami berusaha untuk menyediakan sentuhan peribadi dengan membantu pelanggan Prestige menguruskan kekayaan mereka dan mengambil kesempatan daripada peluang pelaburan. Kami akan terus mencari cara memberi kemudahan, perkhidmatan tambah nilai, kadar istimewa serta menghoskan acara-acara gaya hidup untuk memberi ahli-ahli satu pengalaman perbankan yang diperbaharui.”

 

ARTIKEL YANG SAMA