Ahli Program Smart Baiduri dirai

Ahli Program Smart Baiduri dirai

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Lebih daripada 50 orang ahli Program Smart Eksekutif Baiduri diraikan dalam majlis khas di mana mereka berpeluang menyaksikan pelancaran dua produk terbaru daripada Under Armour iaitu kasut bola keranjang, Curry 2 Low Hook dan Curry 2 All Star serta pelancaran rasmi produk koleksi pakaian Batman Vs Superman di Dewan pameran, Under Armour, Setia Kenangan 2, Kiulap, kelmarin.

Dalam majlis khas itu, ahli-ahli Program Smart Eksekutif Baiduri yang dijemput bukan sahaja diberikan peluang untuk menyaksikan pelancaran produk-produk terbaru Under Armour bagi pasaran Brunei, mereka juga diberikan penerangan khas mengenai keistimewaan dan ciri-ciri utama produk-produk berkenaan.

Turut hadir semasa majlis itu ialah Ketua Jabatan Perhubungan Kumpulan, Dorothy Newn, Ketua Jabatan Pemasaran Kumpulan, Ng Yick Wei serta pegawai-pegawai perhubungan Smart Eksekutif dan kakitangan Bank Baiduri.

Menurut Ketua Pembangunan Perniagaan dan Program Khas, Bank Baiduri, Hajah Maripaz binti Abdullah, Program Smart Eksekutif Baiduri mengadakan majlis khas dengan kerjasama Under Armour Brunei itu, sebagai usaha untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan mengenai pentingnya untuk mengekalkan kegiatan sihat menerusi senaman fizikal, pemakanan dan pelan kehidupan sihat menyeluruh.

Antara ahli yang diraikan pada majlis itu.
Antara ahli yang diraikan pada majlis itu.

Majlis khas itu dihoskan oleh personaliti radio tempatan dan penggiat kecergasan dari Kristal FM, Nadzri Harif yang juga merupakan duta jenama Under Armour Brunei.

Semasa majlis itu, para jemputan juga diberikan penerangan mengenai dengan teknologi yang digunakan di sebalik produk-produk Under Armour oleh dua orang atlet tempatan dan duta jenama Under Armour Brunei, Fakhri Ismail dan Amalina Abdullah.

Mereka juga menerangkan secara ringkas mengenai amalan kecergasan mereka serta mempamerkan beberapa teknik dan penggunaan alat-alat senama secara betul pada majlis berkenaan.

Pengasas Brunei Detox Bar, Anne Masri juga memberikan penerangan ringkas mengenai jenis-jenis makanan yang dihidangkan semasa majlis itu serta memberikan ceramah pendek mengenai pemakanan sihat.

Pada majlis itu juga, para ahli Smart Eksekutif turut diberikan diskaun khas 10 peratus bagi pembelian di kedai berkenaan dan juga menerima baucar khas bagi kedai The Marathon Shop dan Revolution Sneakers.

ARTIKEL YANG SAMA