Ahli Smart Executive dibawa tonton wayang

Ahli Smart Executive dibawa tonton wayang

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Ahli-ahli Program Smart Executive Baiduri, hari ini, berpeluang menonton filem Batman Vs Superman: Dawn of Justice yang dinanti-nantikan ramai dalam tayangan istimewa di Times Cineplex @ Empire.

Menurut kenyataan Bank Baiduri, sebelum tayangan filem bermula pada jam 7:30 malam, dua ahli bertuah telah memenangi kemeja-T Batman dan Superman. Pemenang bertuah berkenaan dipilih oleh kakitangan program berkenaan berdasarkan bagaimana mereka menggambarkan wira pilihan menerusi pakaian mereka.

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Program-program dan Akaun Istimewa, Hajah Maripaz binti Abdullah berkata; “Dua tahun kebelakangan ini, Program Smart Executive telah mengadakan tayangan-tayangan filem bagi ahli-ahli kami.

“Tayangan pertama adalah pada 2014 di mana kami membawa ahli-ahli kami menonton Captain America: The Winter Soldier dan tahun lalu, kami membawa mereka menyaksikan maraton filem Avengers.

Ahli-ahli program Smart Executive yang hadir menonton filem Batman Vs Superman: Dawn of Justice di Times Cineplex @ Empire, malam tadi.
Ahli-ahli program Smart Executive yang hadir menonton filem Batman Vs Superman: Dawn of Justice di Times Cineplex @ Empire, malam tadi.

“Ahli-ahli Smart Executive kami semuanya merupakan profesional muda yang sibuk, jadi acara-acara seperti ini adalah cara terbaik untuk bertemu dan mengenali ahli kami dengan lebih baik lagi,” ujarnya.

Manakala itu, Pegawai Pemasaran, Priya Dharshini Theivasigamany pula berkata; dengan banyak filem-filem hebat keluar pada tahun ini, sukar bagi mereka untuk memutuskan filem mana untuk ditayangkan kepada ahli-ahli Smart Executive, tetapi dengan keterujaan orang ramai terhadap filem ini, ia merupakan pilihan yang jelas.

“Ia juga berkaitan dengan satu acara yang kami adakan baru-baru ini bersama Under Armour Brunei yang mengeluarkan pakaian rasmi bagi Batman vs Superman,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA