Ahli YBs adakan latihan persahabatan

Ahli YBs adakan latihan persahabatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Seramai 18 orang ahli YBs (Yang Bersara) dari Negara Brunei Darussalam telah bertandang ke Wilayah Persekutuan Labuan bagi mengadakan Perlawanan Badminton Persahabatan dengan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, baru-baru ini.

Perlawanan persahabatan yang menemukan Pasukan YBs dengan pemain-pemain muda daripada Pasukan UMSKAL merupakan sebagai satu latihan bagi persediaan Pasukan YBs menghadapi kejohanan Badminton Veteran anjuran YBs yang dijangka akan diadakan pada 4 hingga 12 April nanti.

Menurut Pengerusi YBs, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don, YBs merupakan gabungan daripada pemain-pemain yang bersara (YBs). “YBs sudah aktif bermain badminton bersama-sama sejak tahun 2013 sesuai dengan tujuannya untuk menanamkan semangat kesukanan demi kesihatan bersama setelah bersara, sekali gus dapat menjalinkan tali silaturahim serta mengukuhkan ukhuwah (persahabatan) melalui sukan tersebut.”

Beliau juga memaklumkan kepada orang ramai yang ingin menyertai kejohanan tersebut bahawa tarikh tutup penyertaan yang dimaklumkan sebelum ini (14 Mac) kini dilanjutkan sehingga 24 Mac nanti bagi membolehkan lebih ramai penyertaan diterima.

Walau bagaimanapun, beliau berkata perlawanan kejohanan tersebut masih dikekalkan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Untuk mengetahui keterangan lebih lanjut dan mendapatkan borang penyertaan tersebut, orang ramai bolehlah menghubungi di talian-talian seperti berikut: 8771142 (Haji Abu Bakar); 8748884 (Haji Matzain); 8823228 (Haji Metusin); 8788883 (Pengiran Haji Damit); 8622333 (Pengiran Haji Hashim); 8615504 (Awang Idris); 8615504 (Awang Matzain) dan 8771549 (Pengiran Haji Bakar).