Ahly berjaya pertahan Piala Palestin

Ahly berjaya pertahan Piala Palestin

HEBRON, Wilayah Palestin, 3 Ogos – Kelab bola sepak Hebron, Ahly al-Khalil yang berpangkalan di Tebing Barat berjaya mempertahankan Piala Palestin untuk tahun kedua berturut-turut selepas seri 1-1 di laman sendiri dengan Shabab Khan Yunis dari Gaza.

Ahly yang berjaya membenam Yunis 1-0 pada pusingan di Semenanjung Gaza minggu lepas, akan mewakili Palestin dalam kejohanan Piala AFC musim depan.

Pada pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung Sabtu lalu tetapi ditunda selepas Israel melarang lapan anggota delegasi Yunis meninggalkan sekatan Israel di Gaza, Persatuan Bolasepak Palestin (PFA) berkata.

Pemain Ahly meraikan kejayaan merangkul Piala palestin selepas menewaskan Khan Yunis di Hebron, kelmarin. – AFP
Pemain Ahly meraikan kejayaan merangkul Piala palestin selepas menewaskan Khan Yunis di Hebron, kelmarin. – AFP

“Israel tiada hak mendapat manfaat daripada keistimewaan yang dianugerahkan oleh FIFA jika mereka terus menghalang hak sebelah pihak,” hujah presiden PFA, Jibril Rajoub.

Tahun lepas, Al-Ahli menewaskan Shejaiya, juga dari Gaza pada final kejohanan ini.

Perlawanan itu merupakan pertemuan pertama antara dua kelab daripada dua wilayah Palestin, yang terpisah gara-gara sekatan Israel dan perbezaan antara Palestin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA