Ahmad Taufiq juara cue 9 bola

Ahmad Taufiq juara cue 9 bola

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Awang Ahmad Taufiq bin Mohd Murni hari ini, menjuarai Kejohanan Kebangsaan 9 bola Persatuan Sukan Cue Brunei Darussalam 2016 setelah menewaskan pencabar terdekatnya Awang Mohd Khalid bin Haji Abu Bakar dalam perlawanan akhir di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Awang Ahmad Taufiq sebelum itu menewaskan Lim Wei Kok dengan mata 9-4 sebelum meneruskan perjalanan ke peringkat separuh akhir menentang Awangku Mohd Saiful Azri yang tewas dengan mata 7-9 dan di peringkat akhir menang 9 -7 ke atas Awang Mohd Khalid.

Awang Mohd Khalid pula pada peringkat suku akhir menewaskan Awang Mohd Hazwan dengan 9 – 5, seterusnya menang di peringat separuh akhir ke atas Haji Khairuddin 9-6, sebelum akur sebagai naib juara kejohanan itu kali ini.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Persatuan Sukan Cue Brunei Darussalam, Awang Serabah bin Haji Abas.

Awang Ahmad Taufiq ketika beraksi di perlawanan akhir tersebut.
Awang Ahmad Taufiq ketika beraksi di perlawanan akhir tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA