Ahmad Taufiq mara ke peringkat 32 terakhir

Ahmad Taufiq mara ke peringkat 32 terakhir

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Lim Tat Hwe

BANDAR SERI BEGAWAM, 14 Jun – Salah seorang peserta negara bagi sukan Cue berjaya melangkah ke peringkat 32 terakhir hari ini dalam Kejohanan Golden Break 9-ball ke-7 yang diadakan di Kuchai Avenue, Malaysia.

Ahmad Taufiq pada mulanya mengalahkan peserta Indonesia, Roy Apanco, 7-4 sebelum menewaskan peserta Chinese Taipei, Hsieh Chia Chen, dengan mata 7-3 untuk memastikan kemaraannya ke peringkat 32 terakhir.

Beliau akan menyertai saingannya dari Singapura, Aloysius Yapp, dan bekas juara dunia dari Filipina, Roberto Gomez, pada peringkat seterusnya.

Sementara itu, pemain remaja negara Haji Mohd Khairuddin akan memulakan kejohanan berkenaan pada 16 Jun dan penyertaan kali ini merupakan antara pencapaian terbaik peserta negara yang bakal meneruskan saingan di Subang Jaya Malaysia.

Ahmad Taufiq ketika beraksi dalam perlawanan di Kuchai Avenue.
Ahmad Taufiq ketika beraksi dalam perlawanan di Kuchai Avenue.

ARTIKEL YANG SAMA