Ahmad Taufiq terus ungguli cabaran cue

Ahmad Taufiq terus ungguli cabaran cue

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Ahmad Taufiq Mohd Murni terus gah di takhta carta Cabaran 9 Ball Kebangsaan Persatuan Cue Sport Brunei Darussalam setelah berjaya menewaskan Pengiran Anak Haji Awadi ZoolHilmi Pengiran Anak Latifuddin dengan mata 7-0 dan mengumpul 180 mata di hadapan pencabar terdekatnya.

Kejayaan kedua setelah berada di takhta carta pada minggu lalu membuatkan kedudukan Ahmad Taufiq selesa, namun beliau terpaksa bekerja keras mempamerkan prestasi baik yang berterusan untuk terus berada di carta teratas bagi enam perlawanan lagi dalam kejohanan tahun ini.

Berada di tempat kedua ialah Mohd Khalid Haji Abu Bakar yang terpaksa akur dengan kedudukan ke-7 dan pulang bersama 35 mata untuk terus berada di tempat kedua meskipun memberikan tentangan hebat pada pusingan pertama sebelum ini.

Teo Chee Soon yang sebelum ini berada di tempat ke-7 carta pula melonjakkan kedudukannya apabila menewaskan Mohd Khalid di peringkat separuh akhir namun terpaksa akur dengan kehebatan Ahmad taufiq yang kini berada di persada carta kejohanan.

Sementara itu Lim wei Kok sebelum ini akur di pusingan pertama apabila hanya berjaya menduduki tempat ke-8 carta namun beliau perlu diberikan pujian kerana mempamerkan permainan yang memberangsangkan.

Ahmad Taufiq Mohd Murni terus gah ditakhta carta cabaran 9 Ball Kebangsaan Persatuan Cue Sport Brunei Darussalam setelah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam dua psuingan pertama kejohanan itu.
Ahmad Taufiq Mohd Murni terus gah ditakhta carta cabaran 9 Ball Kebangsaan Persatuan Cue Sport Brunei Darussalam setelah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam dua psuingan pertama kejohanan itu.

Perjalanan pusingan kedua Lim Wei Kok terbantut apabila beliau tewas 7-1 di tangan finalis pusingan kedua Pengiran Anak Haji Awadi ZoolHilmi Pengiran Anak Latifuddin yang kini berada di tangga ke-4 apabila berjaya mengumpulkan 75 mata.

Beliau berkongsi kedudukan bersama Haji Mohd Khairuddin Haji Hasnan yang hanya berjaya menduduki tempat ke-7 minggu lalu dan minggu ini berada di tempat ke-5 dengan kumpulan mata 75 di tempat keempat.

Berada di tempat kelima carta minggu ini adalah Pengiran Mohd Faiq Hafizuddin Pengiran Haji Jalal diikuti oleh Mohd Haikal Qarin di tempat ke-6, Mohd Azri Suhardi Haji Mohd Suni di tempat ke-7, Mohd Azim Haji Abu Bakar di tempat ke-8 dan Awangku Mohd Hidayat Pengiran Haji Omar di tempat ke-9.

Enam pemain berkongsi kedudukan ke-10 minggu ini antaranya Faizzal Mohd daud, Mohd Isa Haji Mohd Said, Handy Lee, Fadia Nurul Huda Ibrahim, Lim Young Wee dan Abdul Masyhur Syurwari Syazwab Haji Ishak.

Perlawanan minggu ini merupakan perlwanan terakhir bagi fasa pertama sebelum diteruskan dalam pusingan ketiga pada 17 Julai 2016 ini nanti dan dijangka akan disimpul dengan kejohanan Grand Final pada 30 Oktober 2016 nanti.