Aib Armstrong jadi bualan

Aib Armstrong jadi bualan

RICHMOND, Virginia, 29 Sept (Reuters) – Ketua Kesatuan Basikal Antarabangsa (ICU), Brian Cookson tidak membicarakan mengenai dirinya, namun isu berkaitan Lance Armstrong dan beberapa nama pelumba basikal yang membawa aib kepada sukan itu, masih menjadi sebutan kebanyakan orang di kejohanan basikal dunia.

Kembali ke jalan raya Amerika Syarikat buat kali pertama sejak 1986, acara selama seminggu tersebut berjaya menarik lebih setengah juta penonton yang mengibarkan bendera dan membantu menghasilkan AS$128 juta dalam ekonomi setempat, ketika ia berakhir pada Ahad lalu.

Tetapi biarpun beberapa jumlah yang jelas, awan hitam dari skandal beberapa dekad lalu masih membelenggu sukan itu, terutamanya di AS, di mana Armstrong dan rakan yang melakukan penipuan dadah dan Floyd Landis dari AS, Tyler Hamilton serta George Hincapie mengalami penurunan populariti.

“Kerana Lance kami menjadi tumpuan negatif dan sekarang dengan acara yang menarik ini, kelihatannya keluar daripada pandangan negatif dengan baik,” ketua eksekutif Basikal AS, Derek Bouchard-Hall memberitahu wartawan.

“Dalam komuniti sukan basikal dunia, ia adalah acara yang membantu untuk memastikan acara tahun ini kembali ke sudut yang positif.

Lance Armstrong ketika di era kegemilangannya, namun imej beliau merudum akibat perbuatan mengambil bahan terlarang ketika menyertai kejohanan. – Reuters
Lance Armstrong ketika di era kegemilangannya, namun imej beliau merudum akibat perbuatan mengambil bahan terlarang ketika menyertai kejohanan. – Reuters

“Sukan ini masih lagi popular dan ia adalah kerana peminat begitu toleransi. Mereka berang dan mereka kecewa tetapi mereka di luar sana masih menonton, masih menyertai, dan mereka mahu melihatnya lebih baik.

“Apa yang menarik adalah tidak mengira bagaimana anda kecewa, peminat masih datang. Ia luar biasa, ia melalui kesukaran, walaupun terjejas dari pertumbuhan trajektori sementara.”

Bagi Cookson, yang mendapat cabaran bagi mengembalikan imej sukan basikal yang tercalar, Armstrong masih menjadi tumpuan pada acara penting UCI.

Pernah menjadi salah seorang atlet yang menerima pujian di AS, Armstrong menjadi penyangak sukan itu seluruh dunia, dilucutkan tujuh kemenangan Tour de France selepas mengakui menggunakan dadah meningkatkan prestasi.

Sudah digegarkan dengan beberapa skandal dadah, kemasukan Armstrong berdepan dengan kredibiliti sukan basikal terjejas, yang mana masih belum lagi pulih.

ARTIKEL YANG SAMA