AIBA sangkal dakwaan ambil alih sukan tinju

AIBA sangkal dakwaan ambil alih sukan tinju

SHANGHAI, 26 Julai – Persatuan Tinju Antarabangsa (AIBA) semalam menafikan dakwaan ia cuba untuk mengambil alih sukan itu, berikutan keputusan kontroversi untuk membenarkan petinju professional bertarung pada Olimpik Rio.

Dalam kongres AIBA di Lausanne di Switzerland bulan lalu, 95 peratus dari delegasi mengundi untuk membenarkan petinju–petinju profesional buat kali pertama menyertai pertarungan itu.

Keputusan itu diterima dengan ejekan yang meluas dalam dunia tinju, dengan kebanyakan menyatakan pandangan jelas mereka walaupun sebelum perubahan dibuat.

Presiden AIBA, Wu Ching-Kuo berkata pertubuhan itu tidak merancang untuk mengambil alih sukan itu dan membenarkan petinju profesional untuk bersaing dalam tinju Olimpik adalah langkah hebat ke depan.

Pegawai tersebut, yang mana adalah warga Taiwan, membuat ulasan itu pada sidang akhbar untuk mengumumkan usaha sama bagi mempromosikan tinju di antara AIBA dan Alisports, cawangan gergasi internet China, Alibaba yang dimiliki oleh usahawan, Jack Ma.

“Kami tidak pernah berkata kami mahu mengambil alih tinju. Kami hanya mahu membuka ruang kerana tidak seorang pun menghalang atlet dari pergi ke Olimpik, ia adalah konsep yang fundamental,’ kata Wu.

‘Jika atlet berkata, ‘Impian saya untuk pergi ke Olimpik’, jadi kami hanya membuka ruang.”

Pada Mei lalu, legenda promosi tinju, Bob Arum memberitahu AFP rancangan untuk memperkenalkan tinju profesional adalah “gila” dan akan mencetuskan “kecederaan serius”.

Arum percaya keputusan itu berorientasikan komersial, dengan AIBA melihat lebih banyak peluang yang menguntungkan, dan sebahagian cengkaman kuasa yang luas oleh persekutuan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA