AICTA jana inovasi, kreativiti

AICTA jana inovasi, kreativiti

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Dalam era masa kini, perkembangan masa depan dan kelebihan untuk bersaing bagi negara-negara anggota ASEAN akan bergantung kepada penjanaan inovasi dan budaya kreatif.

Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa bin Haji Sirat, selaku pengerusi Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN ke-16 (TELMIN ke-16) berkata demikian semasa berudap pada Majlis Makan Malam TELMIN ke-16 dan Anugerah ICT ASEAN (AICTA) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, hari ini.

Beliau berkata, majlis itu meraikan persahabatan, kerjasama dan hubungan mesra di antara negara-negara ASEAN dan rakan-rakan dialog serta juga untuk meraikan inovasi ICT terbaik dalam ASEAN.

Menurut beliau, AICTA bermatlamat untuk menjana kreativiti dan inovasi di dalam ASEAN serta mengalu-alukan penyertaan daripada komuniti ASEAN yang lebih meluas.

Para finalis bagi anugerah AICTA terdiri daripada peserta-peserta dari Kemboja, Thailand, Vietnam, Singapura dan Indonesia.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa serta menteri-menteri ASEAN dan rakan-rakan dialog yang menghadiri majlis berkenaan.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa serta menteri-menteri ASEAN dan rakan-rakan dialog yang menghadiri majlis berkenaan.
Menteri ASEAN menyampaikan anugerah kepada para pemenang anugerah yang diraikan.
Menteri ASEAN menyampaikan anugerah kepada para pemenang anugerah yang diraikan.
Gambar ramai pemenang anugerah AICTA bersama menteri-menteri  ASEAN TELMIN ke-16.
Gambar ramai pemenang anugerah AICTA bersama menteri-menteri ASEAN TELMIN ke-16.

Sebanyak enam kategori anugerah disampaikan kepada para pemenang iaitu Anugerah Sektor Awam, Anugerah Sektor Swasta, Anugerah Tanggungjawab Korporat Sosial, Anugerah Kandungan Digital, Anugerah Start Up dan Anugerah Pembangunan dan Penyelidikan.

Bagi Anugerah Sektor Awam, anugerah emas dimenangi oleh Health Promotion Board dari Singapura dengan produk, HealthHub; Anugerah Sektor Swasta, anugerah emas dimenangi oleh PT Eyro Digital Teknologi dari Indonesia dengan produk, Taggle Health; Anugerah Kandungan Digital, anugerah emas dimenangi oleh Playware Studios Pte Ltd dari Singapura dengan produk, 3Dhive.mobi; Anugerah Syarikat Start Up, anugerah emas dimenangi oleh Early Start Co Ltd dari Vietnam dengan produk, Monkey Junior dan Anugerah Pembangunan dan Penyelidikan, anugerah emas dimenangi oleh Nanyang Technological University dari Singapura dengan produk, Cloud3D View.

Pemenang anugerah bagi setiap kategori menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh menteri-menteri ASEAN yang menghadiri TELMIN ke-16.