AIDF-1 bina pusat komersial

AIDF-1 bina pusat komersial

PETALING JAYA, 5 Nov (Agensi) – AREA Industrial Development Fund 1 (AIDF-1), dana pembangunan perindustrian pertama Malaysia meraih dana AS$160 juta (RM600 juta) bagi cadangan pembinaan ruang komersial di negara ini.

Dana itu diuruskan AREA Management Sdn Bhd (AREA), firma ekuiti persendirian beroperasi di Malaysia dan Singapura.

Pengerusi AREA, Datuk Stewart LaBrooy, berkata dana itu dilabur Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 40 peratus dan baki disumbang Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan Sparinvest Properties Investors (SPI) dari Denmark.

LaBrooy ketika berucap semasa majlis pelancaran dana itu semalam. – Agensi
LaBrooy ketika berucap semasa majlis pelancaran dana itu semalam. – Agensi

LeBrooy berkata, projek pertama yang akan dilabur ialah pusat logistik antara bandar di Ampang.

Kompleks tiga tingkat di kawasan seluas 17 ekar itu akan mempunyai keluasan boleh disewa 1.6 juta kaki persegi, yang mana adalah juga ruang komersial terbesar di Malaysia.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran dana itu di sini, pagi ini.

ARTIKEL YANG SAMA