Aidiladha disambut 24 September

Aidiladha disambut 24 September

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) – Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 24 Sept, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1436 Hijrah ialah pada Selasa, 15 Sept 2015.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24 Sept 2015,” katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini.

ARTIKEL YANG SAMA