Aidilfitri bersama anak-anak yatim

Aidilfitri bersama anak-anak yatim

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 1 Ogos – Sebagai aktiviti tahunannya, Majlis Perundingan Kampung Sungai Liang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-anak Yatim yang berlangsung di Pantai Peranginan Kampung Sungai Liang di sini.

Lebih 20 orang anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) di mukim berkenaan menghadiri majlis itu yang dimeriahkan dengan pelbagai acara.

Selain dihiburkan dengan beberapa acara persembahan dan permainan serta menikmati jamuan yang disediakan, majlis turut menyaksikan penyampaian derma kepada anak-anak yatim yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Pegawai Penguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Mohd Soffian bin Haji Kifli.

Persembahan nyanyian turut menceriakan lagi suasana Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Anak-anak Yatim Mukim Sungai Liang.
Persembahan nyanyian turut menceriakan lagi suasana Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Anak-anak Yatim Mukim Sungai Liang.

Turut diadakan ialah penyampaian Sijil Kejiranan Kampung yang turut disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Di samping itu, majlis dimeriahkan lagi pameran kereta Mini Klasik yang dikendalikan oleh Kumpulan Pemilik Mini Klasik.

Di samping untuk memeriahkan lagi sambutan Syawal, majlis tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim dan bagi sama-sama membantu menggembirakan kalangan anak-anak yatim di mukim berkenaan, serta membantu meringankan beban mereka dengan derma yang disumbangkan.

ARTIKEL YANG SAMA