Aidilfitri bersama tetamu istimewa

Aidilfitri bersama tetamu istimewa

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Golongan istimewa terus berpeluang untuk sama-sama meraikan dan menyambut Sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui Majlis Silaturahim Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri Bersama Tetamu-tetamu Istimewa Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) yang berlangsung di Hotel Orchid Garden, Anggerek Desa, hari ini.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 600 tetamu termasuk para pelajar istimewa Pusat Ehsan dan keluarga mereka itu dianjurkan bersama oleh Majlis Perundingan Kampung Menglait, Syarikat Perniagaan Malar Setia, Malar Setia Sdn Bhd, Malar Setia Marketing, Syarikat Perniagaan Muneera, M.S. Makmur Trading Company, M.S. Titanstar Enterprise dan M.S. Aewon Garment & Embroidery.

Di majlis berkenaan, Pengerusi Eksekutif/ Pengarah Kumpulan Syarikat Malar Setia, Haji Abdul Rahman bin Haji Metasim; Pengurus Syarikat Perniagaan Malar Setia, C.L.Lim; Pengurus Syarikat Perniagaan Muneera, Chia Tet Shin; dan Pengurus Syarikat Aewon, Lau Chai Seng turut menyampaikan sumbangan derma kepada Pusat Ehsan yang diwakili oleh Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab, SMARTER Brunei yang diwakili oleh Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman dan KACA.

Antara pelajar istimewa Pusat Ehsan yang turut menerima duit raya di majlis berkenaan.
Antara pelajar istimewa Pusat Ehsan yang turut menerima duit raya di majlis berkenaan.
Dato Paduka Haji Mohd Alimin bergambar ramai bersama para penderma di majlis berkenaan.
Dato Paduka Haji Mohd Alimin bergambar ramai bersama para penderma di majlis berkenaan.

Di samping itu, para tetamu istimewa di majlis berkenaan juga menerima duit raya yang disampaikan oleh isteri Ketua Kampung Menglait, Hajah Fatimah binti Haji Ludin, isteri Pengerusi Eksekutif/Pengarah Kumpulan Syarikat Malar Setia, Hajah Kamsiah binti Haji Ahmad dan isteri Pengurus Syarikat Perniagaan Malar Setia, Jong Siew Choong.

Para jemputan yang hadir di majlis itu, bukan saja berpeluang menikmati pelbagai hidangan juadah yang menyelerakan namun turut dihiburkan dengan persembahan pentas.

Majlis berkebajikan itu dihasratkan untuk memberikan peluang kepada para pelajar istimewa Pusat Ehsan supaya dapat sama-sama meraikan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL YANG SAMA