Aidilfitri di terminal

Aidilfitri di terminal

SURABAYA, Indonesia, 17 Julai – Beribu-ribu rakyat Indonesia menyambut Aidilfitri yang menyedihkan hari ini, setelah tidak dapat pulang untuk menemui keluarga mereka, selepas gunung-gunung berapi yang meletup mengakibatkan penutupan enam buah lapangan terbang, termasuklah di bandar kedua terbesar di negara itu.

Lapangan terbang antarabangsa bagi Surabaya, bandar terbesar selepas bandar Jakarta, dan empat buah lapangan terbang lebih kecil telah ditutup sebelum Aidilfitri akibat kejadian Gunung Raung meletup di pulau utama Jawa.

Lapangan terbang di pulau timur terpencil, Ternate ditutup disebabkan abu daripada gunung berapi Gamalama yang meletup, menurut kementerian pengangkutan.

Mereka yang keletihan itu yang mengharapkan dapat bersama-sama keluarga mereka bagi malam terakhir Ramadan, sebaliknya bermalam di terminal lapangan terbang yang penuh sesak, dengan kebanyakan mereka tidur di atas lantai.

Lapangan terbang Surabaya dan sebuah lapangan terbang yang lebih kecil di Jawa Timur telah dibuka semula hari ini, menurut kementerian pengangkutan, tetapi tiga buah lagi masih ditutup, menurut kementerian pengangkutan lagi, dengan beberapa penerbangan menyambung semula penerbangan pada petangnya.

Jemaah Islam Indonesia ketika solat sunat Hari Raya di sebuah masjid di kampung Jampit di Bondowo-so terletak di timur pulau Jawa pada 17 Julai. - AFP
Jemaah Islam Indonesia ketika solat sunat Hari Raya di sebuah masjid di kampung Jampit di Bondowo-so terletak di timur pulau Jawa pada 17 Julai. – AFP

Namun terdapat juga beberapa penangguhan perjalanan, dengan berpuluh lagi penerbangan disambung semula.

AirAsia menyambung semula penerbangannya ‘awal daripada yang dijadualkan,’ menurutnya, ketika abu dari Gunung Raung mula bergerak ke arah lain daripada ruang udara Surayabaya, bagaimanapun turut membatalkan jadual penerbangan lain.

Syarikat penerbangan Indonesia, Garuda dijangka menyambung semula penerbangan ke dan dari Surabaya tengah hari ini dan telah menyewa dua buah kapal terbang lebih besar untuk membantu menyelesaikan penangguhan ke atas laluannya yang paling popular itu.

“Akhirnya terbang,” tulis pengguna Twitter, Jack Putera dari Surabaya.

Bagaimanapun empat terminal – tiga di Jawa Timur dan satu lagi di Ternate – masih ditutup akibat letusan gunung berapi, yang melanjutkan lagi kesengsaraan perjalanan beribu-ribu penumpang.

Ia tidak jelas bila mereka akan dibuka semula namun kementerian pengangkutan mengatakan situasi itu akan ‘dinilai setiap jam’.

Garuda akan membatalkan semua penerbangan ke lapangan terbang itu, mengatakan ia akan menyambung semula perkhidmatan apabila terminal itu dibuka semula oleh ‘pihak berkuasa cekap’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA