Aidilfitri erat hubungan silaturahim

Aidilfitri erat hubungan silaturahim

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam, hari ini, telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Pejabat Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam, Jalan Kota Batu.

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, ahli-ahli lembaga pengarah, setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, pengarah-pengarah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan juga para jemputan yang lain.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para jemputan yang hadir di majlis itu.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para jemputan yang hadir di majlis itu.

Tujuan majlis sambutan ini diadakan adalah untuk mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam serta anak-anak syarikat, stesen minyak dan perniagaan Badan Tanmiah dengan ahli-ahli Lembaga Pengarah dan juga pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah KHEU.

ARTIKEL YANG SAMA