Aidilfitri Jabatan Daerah Tutong

Aidilfitri Jabatan Daerah Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 3 Ogos – Jabatan Daerah Tutong, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Pegawai Daerah Bersama Pemimpin Masyarakat, Ketua Cawangan serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H/2016M yang diadakan di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, Sungai Basong, Tutong.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam dan isteri.

Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Mohd Taha bin Abdul Rauf yang juga merupakan Penghulu Mukim Keriam.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama jemputan-jemputan lain pada majlis itu.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama jemputan-jemputan lain pada majlis itu.

Tujuan majlis diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara Pemangku Pegawai Daerah Tutong, pemimpin masyarakat, ketua cawangan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Tutong di samping dapat mengukuhkan kerjasama dan kepercayaan sesama pegawai dan kakitangan jabatan daerah.

Bagi memeriahkan lagi majlis ramah mesra itu, cabutan bertuah bagi kakitangan Jabatan Daerah Tutong dan sesi bergambar ramai sebagai kenang-kenangan turut diadakan.