Aidilfitri mempererat lagi pertalian

Aidilfitri mempererat lagi pertalian

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Dean Kassim

 

WALAUPUN bulan Syawal kini berada di minggu terakhir namun sambutan Hari Raya Aidilfitri masih diadakan dengan penuh meriah dan baru-baru ini telah berlangsung Majlis Hari Raya Mantan Kakitangan Perkhidmatan Pelanggan Penerbangan Diraja Brunei (RB) bagi tahun 1975-2000 yang berlangsung di Royal Berkshire, Polo Club Jerudong.

Seramai 300 orang mantan kakitangan perkhidmatan pelanggan Penerbangan Diraja Brunei dan para jemputan pengurusan serta pengawal RB dan balu-balu serta anak-anak yatim mantan kakitangan yang telah meninggal dunia menghadiri majlis tersebut.

Meriah dengan pelbagai persembahan

Hadir sama ialah Mantan Pengarah Urusan RB, Pengiran Dato Paduka Haji Tengah bin Pengiran Dato Paduka Haji Metassim.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Haji Roslan bin Haji Salim.

Antara mantan kakitangan yang hadir pada majlis berkenaan.
Antara mantan kakitangan yang hadir pada majlis berkenaan.

Pelbagai acara telah diatur dalam menyerikan lagi majlis tersebut seperti persembahan nyanyian dengan lagu-lagu Hari Raya daripada ahli jawatankuasa mantan kakitangan perkhidmatan pelanggan Penerbangan Diraja Brunei.

Majlis juga dimeriahkan dengan tarian dan juga persembahan sketsa drama khas yang melakonkan kembali tugas-tugas para mantan di Penerbangan Diraja Brunei.

Majlis itu juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada mantan-mantan perkhidmatan pelanggan RB untuk bermaaf-maafan dan memupuk semangat perasaan muhibah di kalangan rakan-rakan kongsi RB dan orang-orang yang berkepentingan.

ARTIKEL YANG SAMA