Aidilfitri PUJA unik

Aidilfitri PUJA unik

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Pelbagai pihak terus mengambil kesempatan di minggu terakhir bulan Syawal tahun ini dengan mengadakan rumah dan pejabat terbuka di sana-sini, ini termasuk juga Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei yang meraikan sambutan serupa di Unit 3, Tingkat 2, Blok B9, Kampung Anggerek Desa, Berakas, hari ini.

Majlis Pejabat Terbuka PUJA yang bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang itu turut dihadiri Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Presiden PUJA, Yang Berhormat Haji Zulkipli bin Haji Abdul Hamid.

Hadir sama ialah pegawai dan kakitangan PUJA, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan bersama para jurutera-jurutera dan arkitek-arkitek di Negara Brunei Darussalam.

Majlis itu adalah salah satu acara tahunan PUJA yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama sendiri di samping memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri yang disambut setahun sekali ini.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi (belakang) hadir sama memeriahkan majlis Pejabat Terbuka PUJA pagi kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi (belakang) hadir sama memeriahkan majlis Pejabat Terbuka PUJA pagi kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA