Aidilfitri satukan bekas pelajar

Aidilfitri satukan bekas pelajar

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Pertemuan di Majlis Silaturahim Aidilfitri yang dianjurkan oleh bekas pelajar Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dan Sekolah Ugama Arab Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMRIPAD) merupakan landasan bagi bekas pelajar untuk terus berhubung dan bersilaturahim sesama rakan seperjuangan bagaikan sebuah keluarga yang besar.

Malis itu juga memberi kesempatan kepada bekas pelajar sesi 1969, 1971, 1973 dan 1974 kedua-dua sekolah tersebut berjumpa dan bermesra sekali lagi dengan para guru yang mereka rindui.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong, yang juga merupakan bekas pelajar SMALHB 1969, ketika berucap pada majlis itu yang diadakan di Manggis Mall, Berakas, hari ini.

Turut dijemput ialah sebahagian daripada para guru yang pernah mengajar di kedua-dua sekolah agama itu termasuk Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad, Dato Paduka Haji Ali dan Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom serta para pegawai kanan lain yang hadir.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad, Dato Paduka Haji Ali dan Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom serta para pegawai kanan lain yang hadir.

pg08_150810_b

pg08_150810_c

Selain itu, antara orang kenamaan yang juga bekas pelajar yang hadir termasuk Timbalan Menteri Hal Ehwa Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Harun bin Haji Juned dan para pegawai kanan di kementerian-kementerian kerajaan yang merupakan bekas pelajar SMALHB dan SUAMRIPAD.

Terdahulu, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, KHEU, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, yang merupakan bekas pelajar SMALHB 1976, dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Dato Paduka Haji Ali.

ARTIKEL YANG SAMA