AIFA lancar cabutan bertuah

AIFA lancar cabutan bertuah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Syarikat menjual produk elektronik, AIFA Sdn Bhd telah melancarkan Promosi Cabutan Bertuah Hari Raya AIFA yang akan bermula pada 15 Jun sehingga 30 September 2015, bersempena sambutan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Pengarah Urusan AIFA Sdn Bhd, Andy Lau Sie Chuong di Restoran Stadium, hari ini.

Dalam ucapannya Andy Lau berkata, promosi itu akan memberikan pelanggan pelbagai pilihan produk elektronik berjenama menjelang hari raya nanti di samping mempromosikan produk-produk syarikat berkenaan.

Hadiah utama promosi berkenaan adalah TV Ultra HD 55” AIFA bersama Pevy Wireless Mic, tempat kedua akan membawa pulang TV Pintar LED 55” dan Dapur Gas ELBA untuk pemenang ketiga.

Promosi berkenaan turut menampilkan pelbagai hadiah menarik bagi 20 lagi pemenang bertuah.

Andy Lau (tengah) menyerahkan plak penghargaan kepada pemenang pertama pertandingan ‘AIFA Inter-Department Store Display 2015’.
Andy Lau (tengah) menyerahkan plak penghargaan kepada pemenang pertama pertandingan ‘AIFA Inter-Department Store Display 2015’.

Andy Lau, juga melahirkan perasaan gembira dan setinggi-tinggi penghargaan tatas sokongan dan dorongan daripada pihak-pihak pasar raya yang menyertai pertandingan ‘AIFA Inter-Department Store Display 2015’, baru-baru ini.

Di majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut.

Juara disandang oleh Pasar Raya Milimewah cawangan Tutong yang menerima produk-produk AIFA bernilai $500 dan plak penghargaan.

Tempat kedua yang membawa pulang produk-produk AIFA bernilai $400 dan plak penghargaan ialah Pasar Raya Milimewah cawangan Berakas.

Manakala itu, Pasar Raya Milimewah cawangan Seria membawa pulang produk-produk AIFA bernilai $300 dan plak penghargaan, selaku pemenang ketiga.

ARTIKEL YANG SAMA