AIIB rasmi ditubuhkan

AIIB rasmi ditubuhkan

BEIJING, 25 Dis (AFP) – Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang disokong China, yang ditinjau oleh sebilangan orang sebagai pesaing kepada Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia, secara rasminya telah ditubuhkan hari ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Beijing.

Amerika Syarikat dan Jepun – negara ekonomi yang ketiga terbesar dan terbesar di dunia, masing-masing dengan ketara enggan untuk menyertai bank berkenaan, yang dijangka akan memulakan operasinya awal tahun depan, walaupun negara lain seperti Australia, Jerman dan Britain akan mengambil bahagian.

Ia akan beroperasi sebaik saja lembaga pengarahnya dan majlis eksekutif akan bertemu buat pertama kali pada majlis perasmiannya yang dijadualkan pada 16-18 Januari, menurut kementerian kewangan dalam satu kenyataan dalam laman web rasminya.

Beijing akan menjadi pemegang saham terbesar AIIB iaitu sekitar 30 peratus, menurut rangka kerja perundangan yang ditandatangani oleh 50 negara-negara anggota pengasas pada lewat Jun.

Bank itu yang beribu pejabat di Beijing pada masa ini mempunyai 57 anggota.

Dengan modal dibenarkan sebanyak AS$100 bilion, ia dijangka akan menawarkan kumpulan projek pinjaman pertamanya menjelang pertengahan 2016, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

ARTIKEL YANG SAMA