Ainaa juara mari bercerita

Ainaa juara mari bercerita

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Dayang Ainaa Zunah Insyirah binti Haji Abdul Manap dari Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah muncul juara Peraduan Mari Bercerita anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka peringkat Daerah Brunei dan Muara, sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak $500, berserta piala dan sijil penyertaan.

Tempat kedua dimenangi oleh Dayang Siti Khadijah binti Mohammad Asnawi dari Sekolah Rendah Dato Ratna Haji Muhd Jaafar, Kiarong manakala Awang Muhd Amin Wa’ie bin Mohamad Firman juga dari Sekolah Rendah Dato Ratna Haji Muhd Jaafar mendapat tempat ketiga. Mereka masing-masing menerima wang tunai $400 dan $300 berserta piala dan sijil penyertaan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Hajah Nortijah binti Haji Mohd Hassan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Samaryuda di sini hari ini.

Salah satu persembahan oleh peserta mari bercerita.
Salah satu persembahan oleh peserta mari bercerita.

Peraduan Mari Bercerita merupakan salah satu projek tahunan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka sejak tahun 1983, bertujuan memupuk semangat membaca sekaligus memasyarakatkan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Pada tahun ini, peraduan dibukakan kepada kanak-kanak berumur lapan tahun dengan penyertaan seramai 69 orang peserta. Sepuluh peserta akan dipilih dari keempat-keempat daerah untuk ke pertandingan akhir nanti.

ARTIKEL YANG SAMA