AIPA luluskan 27 resolusi

AIPA luluskan 27 resolusi

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Sebanyak 27 resolusi daripada komiti Mesyuarat Ahli Parlimen Wanita AIPA (WAIPA), politik, ekonomi, sosial dan organisasi di Kuala Lumpur, Malaysia telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) ke-36 yang melabuhkan tirainya hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, sesi persidangan plenari kedua yang diselajurkan dengan majlis penutup itu telah diakhiri dengan penandatanganan satu Pernyataan Bersama yang diadakan di Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur Malaysia.

Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib yang seterusnya diikuti oleh negara-negara ahli AIPA.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Presiden AIPA, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia yang juga merupakan Speaker Dewan Rakyat Malaysia yang mempunyai semangat bersepadu dalam merealisasikan agenda AIPA.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menandatangani Pernyataan Bersama AIPA sambil diperhatikan oleh ahli rombongan negara.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menandatangani Pernyataan Bersama AIPA sambil diperhatikan oleh ahli rombongan negara.
Yang Berhormat Pehin (duduk, kiri) semasa menghadiri Majlis Penutup AIPA.
Yang Berhormat Pehin (duduk, kiri) semasa menghadiri Majlis Penutup AIPA.

ARTIKEL YANG SAMA