Air Asia cipta sejarah

Air Asia cipta sejarah

HONG KONG, 30 Okt – AirAsia telah mencatat sejarah sekali lagi apabila menjadi syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang dianugerahkan dengan anugerah Krew Kabin Terbaik Asia (Asia’s Leading Cabin Crew) di malam Gala berprestij World Travel Awards (Asia & Australasia) Gala 2015.

Syarikat penerbangan lain yang turut tercalon dalam kategori ‘Asia’s Leading Cabin Crew’ adalah Air India, Cathay Pacific Airways, China Southern Airlines, Garuda Indonesia, Hainan Airlines, Hong Kong Airlines, Korean Air, Malaysia Airlines, Singapore Airlines, SriLankan Airlines dan Thai Airways.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes, berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian krew kabin kami. Ini adalah contoh apa yang dimaksudkan dengan melangkaui batasan – kami bukan sahaja syarikat penerbangan tambang rendah, tetapi syarikat penerbangan yang memberikan nilai yang tinggi. Dianugerahkan Krew Kabin Terbaik Asia adalah bukti bahawa tambang rendah tidak kompromi kualiti.”

Ketua eksekutif Air Asia Berhad Aireen Omar bersama krew Air Asia semasa menerima anugerah ‘Asia’s Leading Cabin Crew’.
Ketua eksekutif Air Asia Berhad Aireen Omar bersama krew Air Asia semasa menerima anugerah ‘Asia’s Leading Cabin Crew’.

“Kecemerlangan perkhidmatan adalah fokus kami dan kemenangan hari ini menunjukkan kami berada di landasan yang betul. Kami ingin berterima kasih kepada semua yang telah mengundi kami, dan tahniah kepada pasukan krew kabin saya. Kami adalah yang pertama dan satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah yang telah di calonkan dalam kategori ini dan kami menang! Ayuh kita terus memberikan yang terbaik kepada semua tetamu kita,’ kata Tony Fernandes.

Syarikat penerbangan tersebut turut tercalon dalam empat kategori di Anugerah World Travel Awards 2015 yang akan di anjurkan pada Disember 2015. Buat pertama kali AirAsia dicalonkan dalam kategori Krew kabin Terbaik Dunia (World’s Leading Cabin Crew), Laman Web Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia (World’s Leading Low Cost Airline Website) dan Aplikasi Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia (World’s Leading Low Cost Airline App); sementara pencalonan bagi kategori Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia (World’s Leading Low Cost Airline) adalah bagi tahun keempat berturut-turut.

AirAsia juga dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Dunia oleh Skytrax bagi tujuh tahun berturut-turut dari tahun 2009 – 2015.