Air Asia Travel Fair 2016 tawar pakej percutian menarik

Air Asia Travel Fair 2016 tawar pakej percutian menarik

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) – Acara ekspo percutian AirAsia Travel Fair (AATF) 2016 dilancarkan di Kuching hari ini sebelum ke Miri, Kota Kinabalu dan Tawau dengan tawaran pakej menarik untuk rakyat Malaysia Timur sepanjang penganjurannya sehingga Mei ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia Bhd berkata sempena pelancarannya di Kuching, para pengunjung akan menikmati promosi istimewa secara eksklusif pada 10 pagi hingga 10 malam esok (Isnin).

Promosi itu termasuk diskaun tambang RM200 bagi tempahan penerbangan dari Kuching ke Singapura untuk pembelian dua tempat duduk selain promosi beli satu, percuma satu bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Perth.

Pengunjung juga akan menikmati diskaun 20 peratus bagi semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

AATF yang masuk tahun ketiga penganjurannya, akan turut diadakan di Bintang MegaMall, Miri dari 23-24 April 2016; Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu (30 April-1 Mei) dan Eastern Plaza, Tawau (7-8 Mei).

ARTIKEL YANG SAMA