Air ditemui di Marikh

Air ditemui di Marikh

WASHINGTON, 30 Sept (AFP) – Pencarian kehidupan di ruang angkasa mendapat galakan besar daripada pengumuman NASA yang mengejutkan bahawa mereka kini mendapat bukti paling kuat tentang air cecair di Marikh.

Begitu juga prospek eksplorasi manusia di planet merah kerana kehadiran air yang mengalir boleh membantu mengekalkan misi yang akan dikendalikan manusia pada masa akan datang,” menurut ahli sains NASA.

“Kini kami mendapat peluang hebat untuk berada di lokasi betul di Marikh untuk menyelidik sepenuhnya kewujudan kehidupan di Marikh,” kata John Grunsfeld, pentadbir bersekutu NASA bagi misi sains. Bukti yang diusahakan oleh agensi angkasa lepas pada Isnin lalu menumpu pada beberapa jalur luar biasa yang ditemui pada lereng curam permukaan Marikh.

John Grunsfeld bercakap dalam satu sidang media di Washington kelmarin mengenai ‘bukti kukuh’ kewujudan air di Marikh. – AFP
John Grunsfeld bercakap dalam satu sidang media di Washington kelmarin mengenai ‘bukti kukuh’ kewujudan air di Marikh. – AFP

Sepasukan para pakar membuat kesimpulan dalam sebuah akhbar yang disiarkan dalam jurnal Nature Geoscience bahawa air memainkan peranan penting dalam pembentukan jalur kerana kehadiran galian garam hidrat, yang mengandungi molekul air.

NASA berkata penemuan itu ‘memberikan bukti paling kukuh bahawa air cecair mengalir sekejap-kejap di Marikh hari ini.”

“Perkara menyeronokkan tentang pengumuman ini ialah pengesahan apa yang kami syaki – bahawa ini disebabkan beberapa jenis ciri-ciri air,” Grunsfeld berkata.

Suatu hari nanti, katanya, misi kendalian manusia akan pergi ke Marikh dan mendapatkan contoh-contoh dari kawasan yang jalur-jalurnya ditemui oleh Mars Reconnaissance Orbiter, NASA.