Air France mendarat cemas di Kenya

Air France mendarat cemas di Kenya

MOMBASA, Kenya, 20 Dis (Reuters) – Pihak berkuasa Kenya sedang menyiasat jenis alat dicurigai yang ditemui dalam bilik air kapal terbang Air France yang dalam penerbangannya dari Mauritius dan telah membuat pendaratan kecemasan di bandar pelabuhan Mombasa, Kenya, kata menteri dalam negeri hari ini.

Joseph Nkaissery memberitahu para wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Moi Mombasa yang pihak berkuasa Kenya sedang bekerja dengan rakan sejawatan mereka, Perancis dan Mauritius untuk memastikan jenis alat itu.

Menurutnya, beberapa orang penumpang yang menaiki penerbangan itu telah disoal siasat tentang alat yang disyaki itu, namun tidak mengatakan jika mereka telah ditangkap.

“Kami masih lagi berhubungan dengan Mauritius untuk mengetahui bagaimana pengimbasan keselamatan ke atas para penumpang telah dilakukan. Beberapa penumpang juga telah disoal siasat,” katanya.

Inspektor polis, Jeneral Joseph Boinnet mengatakan dalam akaun Twitternya bahawa pesawat udara Boeing 777 itu sedang menuju ke Paris bersama 459 penumpang dan 14 kru kapal, selamat dipindahkan selepas ia mendarat di lapangan terbang pada jam 12:37 pagi hari ini (2137 GMT Sabtu).

Pesawat udara Boeing 777, Air France yang melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Moi, di bandar Mombasa, Kenya pada 20 Disember, setelah alat yang menimbulkan rasa curiga ditemui dalam bilik air pesawat itu. – Reuters
Pesawat udara Boeing 777, Air France yang melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Moi, di bandar Mombasa, Kenya pada 20 Disember, setelah alat yang menimbulkan rasa curiga ditemui dalam bilik air pesawat itu. – Reuters

“Pakar bom dari Tentera Laut dan DCI (Lembaga Pengarah Siasatan Jenayah) telah menerima alat itu dan sedang memastikan sama ada komponen itu mengandungi bahan letupan,” kata Boinnet.

Air France mengatakan dalam satu kenyataan bahawa sebagai langkah berjaga-jaga dengan semua penumpang dipindahkan daripada pesawat itu menggunakan gelongsor kecemasan.

“Mereka telah dijaga oleh kakitangan lapangan terbang Mombasa dan akan disediakan penginapan. Satu siasatan yang telah diketuai oleh pihak berkuasa untuk mengenal pasti sumber ancaman itu,” katanya.

Penerbangan itu mengatakan ia sedang berusaha untuk melencongkan para penumpangnya dan menghantar pesawat lain ke Mombasa untuk menerbangkan mereka ke Paris.

“Penerbangan Paris di Mombasa ini dijadualkan akan berlepas pada lewat petang hari ini, 20 Disember,” katanya.

Penguat kuasa Penerbangan Awam Kenya dalam akaun Twitternya mengatakan penerbangan dari lapangan terbang Mombasa telah terganggu akibat pendaratan kecemasan itu.