Air France nafi laporan kurangkan 3,300 pekerja

Air France nafi laporan kurangkan 3,300 pekerja

PARIS, 26 Jun (AFP) – Air France hari ini menafikan laporan bahawa ia sudah bersedia untuk memberhentikan 3,300 pekerja sebagai sebahagian daripada pengurangan kos dalam penerbangan Perancis.

Satu e-mel yang dihantar oleh syarikat itu mengatakan Air France ‘dengan rasminya menafikan maklumat yang disiarkan dalam akhbar itu’ hari ini apabila akhbar harian Le Monde melaporkan penerbangan itu sudah menyenaraikan ‘3,000 kru lapangan berlepas dan 300 di kalangan juruterbang’.

“Pengurangan kerja ini juga diiringi dengan pengunduran sebanyak 20 pesawat daripada armada Air France dan penutupan laluan tambahan,” menurut akhbar berkenaan.

Laporan itu muncul di tengah-tengah langkah Air France berhasrat untuk mengembalikan keuntungan selepas menyiarkan kerugian operasi sebanyak 417 juta euro ($467 juta) dalam suku pertama tahun ini, dan 198 juta kerugian pada 2014.

ARTIKEL YANG SAMA