Air France perlu berada dalam kedudukan dunia

Air France perlu berada dalam kedudukan dunia

PARIS, 6 April – Air France-KLM tidak lagi berisiko dari segi kewangan tetapi syarikat penerbangan Perancis-Belanda itu perlu menjadi salah satu syarikat penerbangan gergasi di dunia sekali lagi untuk mengelakkan penurunan, kata Ketua Eksekutif Alexandre de Juniac memberitahu kepada radio RTL kelmarin.

De Juniac, yang mengumumkan peletakkan jawatan secara mengejut dalam mengetuai Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa lewat kelmarin, berkata beliau telah mencapai matlamat beliau untuk menamatkan kerugian dan mengurangkan hutang di syarikat penerbangan itu, walaupun mempunyai tiga tahun lagi bagi mandat beliau.

Air France-KLM muncul dalam empat tahun penyusunan semula di tengah-tengah persaingan sengit daripada syarikat penerbangan kos rendah dan saingan Teluk, dan de Juniac memenangi mandat empat tahun dari pemegang saham syarikat penerbangan itu pada Mei lepas.

Syarikat penerbangan itu kembali memperolehi keuntungan tahun lepas dengan hasil operasi sebanyak 816 juta Euro (AS$927 juta) dan pendapatan bersih sebanyak 118 juta Euro, yang dibantu oleh peningkatan penumpang dan harga bahan api yang lebih rendah. Hutang bersih jatuh kepada 4.3 bilion Euro pada 31 Disember daripada 5.4 bilion Euro pada tahun sebelumnya.

Gambar fail bertarikh 24 Julai 2015 menunjukkan Alexandre de Juniac menghadiri sidang akhbar di Paris, Perancis. - Reuters
Gambar fail bertarikh 24 Julai 2015 menunjukkan Alexandre de Juniac menghadiri sidang akhbar di Paris, Perancis. – Reuters

De Juniac memberitahu RTL masih ada ‘sejumlah besar’ pelaksaan dalam menuju masa depan syarikat penerbangan itu.

“Air France telah keluar dari zon bahaya … tetapi ia tidak mengembalikan kumpulan itu kepada tiga atau empat terbaik di dunia, dan itulah apa yang diperlukan untuk Air France,” katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang nasihat untuk penggantinya, yang masih belum dilantik, beliau berkata: “Ambil dan bawa syarikat itu ke hadapan, bangunkannya, dan bersedia.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA