Air France sambung semula penerbangan Paris-Tehran

Air France sambung semula penerbangan Paris-Tehran

PARIS, 8 Dis – Air France-KLM akan menyambung semula penerbangan antara Paris dan Tehran bermula April 2016, menurut syarikat itu hari ini, petanda baru bagi meningkatkan hubungan antara Perancis dan Iran selepas lima bulan kuasa-kuasa besar bersetuju satu perjanjian berhubung program nuklear Iran.

Penerbangan itu mengatakan penerbangan tiga kali seminggu itu akan bermula pada April. Ia telah membatalkan penerbangan langsung antara Paris dan Tehran pada 2008 atas sebab ekonomi.

“Air France telah menunjukkan minatnya untuk membangun dirinya dalam sebuah negara dengan pertumbuhan dinamik yang mana Kesatuan Eropah adalah rakan ekonomi keempat iran,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan. Perancis mempunyai sejarah panjang dari segi komersial, politik dan hubungan sosial dengan Iran – ketika tahun 1970-an pemimpin revolusi Ayatollah Ruhollah Khomenei hidup dalam buangan berhampiran Paris. – Reuters