Air India berpatah balik disebabkan tikus

Air India berpatah balik disebabkan tikus

MUMBAI, 31 Dis (Reuters) – Sebuah pesawat Air India (AI) yang membawa 240 penumpang dari Mumbai ke London terpaksa berpatah balik selepas kru kabin ternampak tikus di dalam penerbangan itu semalam.

Sumber syarikat penerbangan berkata, pesawat Dreamliner yang meninggalkan Mumbai pada jam 7 pagi itu, berada di ruang udara Tehran ketika terlihat kelibat tikus di ruang penyediaan makanan.

Seorang jurucakap AI mengesahkan, pesawat 131 berpatah balik ke bandar itu sebagai langkah pencegahan dan dakwaan kehadiran tikus sedang disiasat.

Penumpang diberi pesawat lain untuk meneruskan perjalanan ke London.

Pesawat Air India.
Pesawat Air India.

Bagaimanapun, pakar keselamatan udara mempersoalkan keputusan juruterbang untuk berpatah balik ke Mumbai.

‘Lazimnya mengikut peraturan Direktorat Penerbangan Awam (DGCA) membabitkan tikus, kru kokpit perlu mendarat di lapangan terbang yang terdekat untuk menurunkan penumpang,’ kata seorang bekas ahli Majlis Penasihat Keselamatan Penerbangan Awam (CASAC).

ARTIKEL YANG SAMA