Air longkang masuk rumah

Air longkang masuk rumah

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Dalam kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, pemilik rumah di Simpang 166-25 Kampung Sungai Akar awal pagi tadi dikejutkan dengan limpahan air yang memasuki dalam rumah mereka berikutan hujan lebat malam tadi.

Salah seorang penduduk di situ, Haji Zulkipli bin Haji Laidin ketika dihubungi memberitahu, kejadian berlaku pada pukul 2 hingga 4.30 pagi tadi di mana air lumpur terus membanjiri ruang tamu dan kawasan dapur sehingga mencecah satu kaki.

Katanya, limpahan air lumpur tersebut disebabkan oleh saluran longkang yang masih dalam keadaan tidak teratur hingga menyebabkan laluan air terjejas.

Beliau yang sudah tinggal di sana sejak 12 tahun yang lalu, menambah, walaupun perkara ini sudah biasa dialami tapi kali ini, beliau menyeru kepada pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera dalam penambahbaikan saluran longkang di kawasan berkenaan.

Keadaan longkang yang belum dinaik taraf.
Keadaan longkang yang belum dinaik taraf.
Hujan lebat mengakibatkan kejadian banjir berlaku di kawasan Simpang 166-25 Kampung Sungai Akar.
Hujan lebat mengakibatkan kejadian banjir berlaku di kawasan Simpang 166-25 Kampung Sungai Akar.
Air banjir turut memasuki rumah.
Air banjir turut memasuki rumah.

Menurutnya lagi, penambahbaikan longkang di simpang tersebut telah dipohonkan kepada pihak berkenaan lima tahun yang lalu tapi sehingga kini masih belum ada tindakan yang dibuat bagi membantu pemilik rumah yang tinggal di kawasan tersebut.

Dalam kejadian malam tadi, sebanyak lapan buah rumah yang terletak di simpang tersebut terjejas akibat banjir berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA