Air pasang besar, APM Sandakan tumpu pemantauan di perkampungan atas air

Air pasang besar, APM Sandakan tumpu pemantauan di perkampungan atas air

SANDAKAN, 14 Nov – Angkatan Pertahanan Awam (APM) menumpukan pemantauan di perkampungan atas air di sekitar daerah ini dan Kinabatangan ekoran fenomena air pasang besar yang bermula hari ini.

Ketua APM Sandakan Ahmad Roslan berkata kawasan tersebut membabitkan Sim-Sim, Tinusa, Karamunting, Sekong, Gum-Gum di daerah Sandakan dan Sukau di Kinabatangan.

Katanya paras ketinggian ombak dijangka mencecah 2.28 hingga 2.53 meter mulai pukul 5 petang hingga 9 malam.

Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti air dalam tempoh berkenaan, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai mengelakkan daripada melakukan aktiviti riadah di tepi pantai buat masa ini. – Bernama

Sekumpulan kanak-kanak memerhatikan ombak besar di pantai berhampiran rumah mereka di Kampung Pantai Kundur, Kota Bharu pada 14 November. Ombak besar membadai pesisir Pantai Pulau Kundur berikutan fenomena air pasang besar kelmarin. Beberapa kawasan rendah berhampiran pesisir pantai di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor serta Sabah akan terjejas dengan gelombang kedua fenomena air pasang besar yang dijangka melanda selama lima hari sejak semalam. – Bernama