AirAsia & AirAsia X tawar diskaun 20 peratus

AirAsia & AirAsia X tawar diskaun 20 peratus

KUALA LUMPUR, 10 Julai – AirAsia dan AirAsia X menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi semua penerbangan ke lebih 120 destinasi di 24 negara.

AirAsia dan AirAsia X Group dalam satu kenyataan berkata promosi istimewa ini akan berlangsung dari 11 hingga 17 Julai bagi tempoh penerbangan dari 18 Julai hingga 24 November 2016.

Promosi ini adalah untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan kod penerbangan AK (AirAsia Malaysia), D7 (Malaysia AirAsia X), FD (AirAsia Thailand), XJ (Thai AirAsia X), QZ (AirAsia Indonesia) penerbangan antarabangsa, Z2 (AirAsia Philippines) dan I5 (AirAsia India).

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata tawaran itu adalah bagi semua tempat duduk dalam penerbangan termasuk bagi laluan yang baru dilancarkan seperti dari Johor Bahru ke Guangzhou dan Hatyai atau malahan dari Kuala Lumpur ke Delhi dan Mauritius.

“Ia adalah masa yang amat sesuai untuk merancang percutian akhir tahun atau melancong ke tempat percutian secara spontan ke pelbagai destinasi menarik di dalam rangkaian penerbangan kami yang luas,” kata Siegtraund. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA