AirAsia akan jalankan proses cadangan penjualan saham AAC

AirAsia akan jalankan proses cadangan penjualan saham AAC

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – AirAsia Bhd akan melaksanakan proses jualan bagi cadangan penjualan semua atau sebahagian besar kepentingan ekuitinya dalam Asia Aviation Capital Limited (AAC).

Dalam kenyataan AirAsia kepada Bursa Malaysia hari ini, bagi melangkah maju, ia cenderung supaya tawaran pemberi pajak AAC turut merangkumkan dagangan portfolio pesawat bagi meningkatkan strategi kepelbagaian aset.

Tawaran itu perlu terdiri pembelian pesawat daripada pembuat peralatan asal atau syarikat penerbangan atau pemberi pajak di samping pajakan kepada pelanggan syarikat penerbangan serta peningkatan jualan dan akses portfolio pajakan semula untuk slot penyerahan segera, katanya.

“Tawaran perkhidmatan sampingan AAC termasuk program penyelenggaraan, pajakan enjin gantian serta panel penasihat,” menurut syarikat penerbangan itu. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA