AirAsia akan lancar penerbangan dari JB ke Guangzhou

AirAsia akan lancar penerbangan dari JB ke Guangzhou

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) – AirAsia Bhd akan melancarkan penerbangan harian dari Johor Baharu (JB) ke Guangzhou mulai 19 Mei.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata, penerbangan itu akan menjadi laluan ke-17 ke China dari Malaysia dan kedua ke China dilancar tahun ini selepas Shantou.

Ketua Komersil AirAsia, Spencer Lee berkata, hab selatan Johor Baharu adalah satu daripada titik pembangunan utama untuk syarikat penerbangan itu tahun ini.

“Kami gembira untuk menghubungkan Johor Baharu yang pesat membangun ke Guangzhou,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd, Md Derick Basir berkata, dengan pembangunan yang sedang berlaku di Iskandar Malaysia, terdapat permintaan tinggi untuk perjalanan udara di antara Johor dan bahagian tertentu China.

Tambang termasuk semua itu akan bermula serendah RM88 bagi satu hala, termasuk cukai dan yuran.

ARTIKEL YANG SAMA