AirAsia beri ganjaran kepada pelanggannya di KLIA2

AirAsia beri ganjaran kepada pelanggannya di KLIA2

KUALA LUMPUR, 21 Sept – AirAsia Bhd akan memberi 100 mata ganjaran BIG kepada pelanggan, sebaik sahaja mereka melengkapkan proses daftar masuk web atau telefon bimbit dan memiliki pas masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi tempoh masa yang terhad.

Mata ganjaran BIG boleh diguna untuk menebus tiket tambang penerbangan percuma Airasia.

Dalam satu kenyataannya hari ini, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata ganjaran tersebut adalah usaha untuk merealisasikan proses daftar masuk automatik sepenuhnya dan memperhebatkan pengalaman melancong untuk pelanggan AirAsia di klia2. “Mata ganjaran akan dimasukkan ke dalam akaun BIG pelanggan” kata syarikat itu.

Perkhidmatan daftar masuk melalui web dan telefon bimbit disediakan selama 14 hari dan sehingga satu jam sebelum berlepas untuk semua penerbangan AirAsia dan sehingga empat jam sebelum berlepas bagi semua penerbangan AirAsia X. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA