AirAsia dapat emas untuk kali ke-7

AirAsia dapat emas untuk kali ke-7

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – AirAsia telah terpilih sebagai syarikat penerbangan pilihan Malaysia bagi tahun ketujuh berturut-turut di Anugerah Jenama Putra 2016, yang diadakan baru-baru ini.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu menerima Anugerah Emas di bawah kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan, dan ini mencerminkan kehadirannya yang berterusan dalam industri tersebut.

“Kami berjanji untuk terus bekerja keras bagi memberikan pelanggan saat terbaik dalam hidup mereka.

“Kami juga menjemput mereka (pelanggan) untuk berkongsi detik-detik perjalanan kegemaran mereka dengan kami di media sosial dengan menggunakan hashtag #travelgr8 sebagai meraikan kemenangan ini secara bersama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar, dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Anugerah itu dianjurkan oleh Persatuan Ejen Periklanan Bertauliah Malaysia (4As), Anugerah Jenama Putra merupakan salah satu daripada pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada jenama yang cemerlang di Malaysia. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA