AirAsia eratkan hubungan ASEAN

AirAsia eratkan hubungan ASEAN

LUANG PRABANG, 21 Nov – AirAsia terus menunjukkan komitmen terhadap pasaran ASEAN dengan penerbangan sulung terbaru yang menghubungkan Kuala Lumpur terus ke bandar UNESCO Warisan Dunia Luang Prabang di Laos hari ini, dan seterusnya menjadi syarikat penerbangan pertama dan satu-satunya mengoperasikan penerbangan terus diantara kedua-dua bandar itu.

Penerbangan sulung, AK562 mendarat dengan kapasiti yang mengalakan sebanyak 80 peratus muatan penumpang, dan tetamu dalam penerbangan itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar; Pengarah, Bahagian Pengeluaran, Pelancongan Malaysia, Haji Zainuddin Abdul Wahab dan Ketua Komersial AirAsia Berhad, Spencer Lee serta para media dari Malaysia.

Para penumpang serta tetamu khas yang hadir dalam penerbangan tersebut disambut dengan pancutan air diikuti dengan persembahan tradisional Laos sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.

Duta Malaysia ke Republik Demokratik Rakyat Laos, Dato’ Tai Hing, Naib Gabenor Luang Prabang mewakili Gabenor Luang Prabang, Dr. Bouakhong Namavong, Naib Menteri Kementerian Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Laos, Khamphao Ernthavanh, Naib Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Republik Demokratik Rakyat Laos, Ounethouang Kaophanh, dan juga Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Republik Demokratik Rakyat Laos, Inthanousorn Sisanonh, juga turut hadir untuk menyambut tetamu dari penerbangan sulung AirAsia itu.

Mengulas mengenai laluan intra-ASEAN baharu ini, Aireen Omar berkata, AirAsia sangat teruja menjadi syarikat penerbangan yang pertama dan satu-satunya menghubungkan terus Luang Prabang ke Kuala Lumpur.

Tetamu kehormat bergambar ramai dihapadan pesawat AirAsia, AK562 semasa majlis penerbangan sulung terbaru yang menghubungkan Kuala Lumpur ke bandar UNESCO Warisan Dunia Luang Prabang di Laos kelmarin.
Tetamu kehormat bergambar ramai dihapadan pesawat AirAsia, AK562 semasa majlis penerbangan sulung terbaru yang menghubungkan Kuala Lumpur ke bandar UNESCO Warisan Dunia Luang Prabang di Laos kelmarin.

“Kami juga gembira menjadi syarikat penerbangan yang menghubungkan rakyat Laos ke dua bandar-bandar utama di ASEAN iaitu Bangkok dan Kuala Lumpur yang juga merupakan hab-hab utama AirAsia.

“Dari dua buah bandar ini, rakyat Laos dapat berhubung ke lebih 120 rangkaian AirAsia di lebih 27 buah negara. Sebagai Syarikat Penerbangan unggul rantau ASEAN, kami ingin terus maju dalam menyediakan penerbangan ke bandar peringkat kedua dan ketiga, dan membantu untuk mengembangkan pasaran bersama-sama.”

Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Luang Prabang merupakan laluan intra-Asean ke 70 bagi kumpulan syarikat penerbangan itu yang menghubungkan sepuluh negara-negara Asean, dan juga merupakan laluan keempat syarikat penerbangan itu ke Laos selepas Kuala Lumpur – Vientiane, Bangkok – Vientiane dan Bangkok – Luang Prabang.

ARTIKEL YANG SAMA