AirAsia Jepun boleh dijalankan semula

AirAsia Jepun boleh dijalankan semula

SEPANG, 30 Mei – AirAsia yakin dapat memulakan semula operasinya di Jepun, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes.

“Kami (AirAsia) tidak kawal pengawal selia namun, AirAsia Japan nampaknya baik dan sangat yakin,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan AirAsia di sini, hari ini.

AirAsia menembusi pasaran Jepun pada 2012 melalui usaha sama dengan All Nippon Airways namun projek itu berakhir pada 2013 susulan pertikaian berhubung amalan perniagaan.

Gambar fail – pramugari penerbangan AirAsia Jepun. – AFP
Gambar fail – pramugari penerbangan AirAsia Jepun. – AFP

Bagaimanapun, selepas memperoleh Sijil Pengendali Udara pada awal tahun ini, AirAsia secara rasminya mengumumkan bahawa ia akan memulakan semula operasi di Jepun.

Dalam perkembangan lain, Fernandes memaklumkan bahawa beliau kini boleh menggembara ke India tanpa visa memandangkan telah memperoleh status Warga India Luar Negara (OCI). – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA