AirAsia kembali di Jepun

AirAsia kembali di Jepun

TOKYO, 22 Julai – AirAsia hari ini berkata ia akan memulakan penerbangan domestik dan antarabangsa dari Jepun awal tahun depan, selepas keluar daripada pasaran tersebut berikutan keruntuhan usaha samanya dengan All Nippon Airways (ANA).

Syarikat yang berpangkalan di Malaysia itu berkata ia telah memohon kepada kementerian pengangkutan Jepun untuk mengendalikan penerbangan komersial, menjadikan pengangkutan tambang murah terbaru menyasarkan untuk memecahkan pasaran yang selama ini dikawal oleh ANA dan saingannya Japan Airlines.

“AirAsia Jepun akan melancarkan kedua-dua laluan domestik Jepun dan antarabangsa dari pangkalannya di Lapangan Terbang Chubu Centrair bermula Musim Bunga 2016,” kata ketua eksekutif AirAsia Jepun Yoshinori Odagiri.

Lapangan terbang tersebut terletak berdekatan Nagoya, sebuah bandar utama di barat daya Tokyo.

AirAsia telah memasuki pasaran Jepun pada 2012 dalam satu usaha sama bersama ANA tetapi projek tersebut berakhir dengan pertikaian yang agak hebat terhadap amalan perniagaan pada 2013. ANA kemudiannya mewarisi perniagaan tersebut dan menamakannya semula Vanilla Air.

AirAsia tahun lepas mengumumkan ia merancang satu kerjasama dengan beberapa firma Jepun termasuk syarikat jualan online Rakuten. – AFP

Salah satu pesawat AirAsia yang pernah membuat penerbangan di Jepun. – Reuters
Salah satu pesawat AirAsia yang pernah membuat penerbangan di Jepun. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA