AirAsia kembali terbang ke Dhaka

AirAsia kembali terbang ke Dhaka

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) – AirAsia akan menyambung semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Dhaka, Bangladesh, meneroka pasaran luas ibu negara yang mempunyai lebih 18 juta penduduk itu, mulai 10 Julai.

Sempena penyambungan perkhidmatan itu, AirAsia menawarkan tambang promosi daripada RM399 sehala dengan peruntukan masuk bagasi percuma sehingga 30kg, dengan tempahan dibuka dari sekarang hingga 28 Jun bagi tempoh perjalanan dari 10 Julai 2015 hingga 31 Mei, 2016, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambang promosi ini boleh ditempah secara dalam talian di airasia.com serta aplikasi mudah alih AirAsia pada iPhone dan peranti Android, selain menerusi laman sesawang mudah alih mobile.airasia.com.

ARTIKEL YANG SAMA