AirAsia komited terhadap perubahan iklim

AirAsia komited terhadap perubahan iklim

PATTAYA, 8 MEI – Kumpulan syarikat penerbangan AirAsia dan AirAsia X memperkukuhkan lagi komitmen mereka terhadap kesedaran perubahan iklim melalui satu inisitiaf #GREEN24 melalui aktiviti pembersihan pantai dan terumbu karang di Pattaya, Thailand semalam.

Aktiviti itu telah mendapat sokongan daripada Majlis Bandaraya Pattaya dan Project AWARE, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan oleh PADI (Professional Association of Diving Instructors) yang menumpukan kepada perlindungan lautan dan isu-isu laut melalui satu rangkaian global penyelam skuba.

Sejumlah 50 sukarelawan penyelam skuba dari AirAsia (pekerja AirAsia) menuju ke pulau Koh Sak, 23 kilometer dari Pattaya untuk menjalankan aktiviti menyelam ‘Dive Against Debris’ , mengumpul sampah marin dan objek-objek yang merosakkan dasar pulau tersebut.

Menurut kenyataan dari AirAsia bahawa semua serpihan marin yang dikutip telah direkodkan ke laman web Project AWARE sebagai sebahagian daripada inisiatif gerakan mempengaruhi polisi pengurusan lautan. Pada masa yang sama, seramai 800 sukarelawan dari AirAsia dan komuniti tempatan Pattaya bersama-sama membersihkan kawasan Utara dan Selatan Pantai Pattaya pagi semalam.

Gambar ramai ahli Kumpulan syarikat penerbangan AirAsia dengan sokongan Majlis Bandaraya Pattaya dan Project AWARE dalam kempen #Green24 di pantai Pattaya Sabtu lalu.
Gambar ramai ahli Kumpulan syarikat penerbangan AirAsia dengan sokongan Majlis Bandaraya Pattaya dan Project AWARE dalam kempen #Green24 di pantai Pattaya Sabtu lalu.

Menurut Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad dipetik sebagai berkata “projek #GREEN24 telah dilancarkan sebagai usaha untuk menaikkan kesedaran perubahan iklim. Kami telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendidik orang awam tentang kesan-kesan perubahan iklim. Pembersihan pantai dan terumbu ini merupakan satu lagi langkah yang kita ambil untuk memastikan alam sekitar kita berkekalan untuk masa depan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Pattaya atas sokongan yang diberi untuk menjayakan visi kami ini dan sekalung penghargaan juga kepada Project Aware kerana bekerjasama dengan AirAsia”.

AirAsia telah giat mengurangkan pelepasan karbon dalam pelbagai cara sepanjang beberapa tahun ini yang mana mereka telah berjaya mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 22,602 tan pada tahun 2015.