AirAsia lancar kempen promosi klia2 sebagai LCCT2

AirAsia lancar kempen promosi klia2 sebagai LCCT2

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) – AirAsia akan melancarkan kempen untuk mempromosikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sebagai Terminal Penerbangan Tambang Rendah 2 (LCCT2), mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk tambang rendah utama ke Asia dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan itu mahu dunia mengetahui bahawa nilai tambang terbaik terdapat di sini. “Bagi saya, klia2 tidak bermakna apa-apa. LCCT2, sebaliknya, sinonim dengan tambang rendah.

“Ia adalah jenama yang kami bina bersama dengan Malaysia Airports dan ia tidak seharusnya menjadi sia sia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa ini, AirAsia mengendalikan lebih 220 penerbangan sehari dari dan ke Kuala Lumpur, menghubungkan penumpangnya ke lebih 100 destinasi di 24 buah negara.