AirAsia larang peranti pengangkut bateri litium

AirAsia larang peranti pengangkut bateri litium

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Semua peranti pengangkutan peribadi berkuasa bateri litium dilarang didaftar masuk dan dibawa ke dalam semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X berkuatkuasa hari ini.

Peranti itu termasuk ‘hoverboard’, ‘Segway’, segway mini, skuter elektronik, ‘solowheel’, ‘airwheel’, ‘balance wheel’ dan peralatan yang serupa dengannya. “Dalam keadaan tertentu, membawa kerusi roda atau peranti mobiliti yang beroperasi menggunakan bateri mungkin diterima, tertakluk kepada pengasingan bateri oleh penumpang.

“Berat maksimum yang dibenarkan bagi kerusi roda dan peranti mobiliti adalah 85 kilogram,” demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan. Penumpang yang membawa peralatan yang beroperasi menggunakan bateri digalakkan agar merujuk kepada garis panduan AirAsia yang boleh didapati di www.airasia.com/ask. – Bernama

AirAsia melarang ‘hoverboard’, ‘Segway’, segway mini, skuter elektronik, ‘solowheel’, ‘airwheel’, ‘balance wheel’ dan peralatan yang serupa dengannya daripada dibawa masuk ke dalam pesawat mereka. – Reuters