AirAsia lebarkan sayapnya

AirAsia lebarkan sayapnya

KAOHSIUNG, 16 Julai – AirAsia hari ini memulakan penerbangan sulung bagi satu lagi laluan unik dari Kuala Lumpur ke Kaohsiung, Taiwan dengan muatan penumpang 99 peratus yang memberangsangkan, berlepas pada jam 0830 dan tiba di Lapangan Terbang Kaohsiung pada jam 1300 diikuti dengan majlis sambutan dengan kerjasama bersama Biro Pelancongan Kaohsiung.

Muatan penerbangan bagi penerbangan AK171 dari Kaohsiung – Kuala Lumpur juga menunjukkan rekod  yang baik dengan  82 peratus muatan penerbangan, dan berlepas pada jam 1330 hari ini.

Spencer Lee berkata mengenai kejayaan penerbangan sulung bagi laluan unik ketiga oleh AirAsia Berhad tahun ini, “Kami percaya ini adalah penting dalam terus membangunkan jaringan perhubungan kami dalam usaha kekal relevan kepada para tetamu kami dan laluan unik terbaru ini adalah buktinya. Kami berbangga menghubungkan kedua Utara dan Selatan Taiwan terus ke Kuala Lumpur, hab terbesar kami, menawarkan tetamu kami dengan hubungan ke lebih dari 20 negara di rantau ini.

Dan juga sebaliknya kami dapat menghubungkan bukan sahaja masyarakat Malaysia, tetapi para tetamu dari lebih dari 20 negara ke Taipei dan Kaohsiung dari Kuala Lumpur dengan pernerbangan terus terbaru ini. Kami ingin berterima kasih kepada Biro Pelancongan Kaohsiung dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung atas sokongan mereka merealisasikan kesemua ini.”

AirAsia kini melebarkan sayapnya dengan memulakan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Kaohsiung. – Reuters
AirAsia kini melebarkan sayapnya dengan memulakan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Kaohsiung. – Reuters

AirAsia kini menawarkan promosi tambang termasuk semua bermula dari serendah RM199 sehala dari Kuala Lumpur – Kaohsiung bagi meraikan kejayaan penerbangan sulung ini. Tetamu boleh mula menempah dari hari ini ke 19 Julai 2015 bagi tempoh perjalanan segera sehingga 30 September 2015.

Kesemua tambang promosi boleh ditempah menerusi laman airasia.com dan juga menerusi applikasi mudah alih  AirAsia bagi iPhone dan peranti Android,  dan juga laman mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com.

Hsu Chuan-Sheng, Ketua Pengarah Biro Pelancongan Kaohsiung berkata, “Pelancong dari Asia Tenggara tetap menjadi pelancong ketiga terbesar ke Taiwan, sementara pelancong masyarakat Taiwan ke Malaysia adalah pada purata 200,000 setahun. Ini menunjukkan potensi besar yang terdapat dalam industri pelancongan antara Taiwan dan Malaysia.

Biro Pelancongan Kaohsiung sangat menghargai pasaran pelancong Asia Tenggara dan kami sanga berbesar hati menyaksikan permulaan penerbangan laluan terbaru dari AirAsia ini. Taiwan juga merupakan penempatan bagi pelajar Malaysia di sini dan saya pasti mereka boleh bermanfaat dari jaringan hubungan penerbangan antara kedua destinasi ini.”

Kaohsiung mempunyai pelbagai tarikan untuk diterokai bagi para tetamu, dengan aktiviti lasak  di Taman Negara Yushan; menawarkan pemandangan yang indah dengan lanskap terdiri daripada hutan rimba, lembah yang menjunam, gaung yang tinggi dan puncak Yushan setinggi 3952 meter, dan adalah gunung tertinggi di Timur Laut Asia.

Bagi yang menggemari aktiviti pantai,  Pantai Kenting menawarkan kawasan bermandi-manda yang  indah dan  eksotik, beristirehat di persisiran pantai, snorkel atau menyelam. – Bernama