AirAsia pajak 2 pesawat A330

AirAsia pajak 2 pesawat A330

pg18_160908_cKUALA LUMPUR, 7 Sept – AirAsia Bhd menandatangani perjanjian pajakan dengan PT Indonesia AirAsia Extra, Indonesia, bagi memajak dua pesawat A330 bersama krew penerbangan, penyelenggaraan dan insurans, melibatkan bayaran sebanyak AS$12.9 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AirAsia bekata kontrak untuk pesawat pertama untuk tempoh 16 Sept hingga 15 Mac tahun depan, melibatkan AS$9.8 juta.

Kontrak kedua sebanyak AS$3.1 juta adalah antara 1 Okt-30 Okt tahun ini.

“Perjanjian itu melibatkan penyediaan sehingga enam set krew tambahan sehari kepada bekalan petugas AirAsia. Selain itu, kapasiti tambahan yang disediakan oleh A330s membolehkan AirAsia merasionalisasikan rangkaiannya dengan mengurangkan kekerapan penerbangan, yang menyumbang kepada keperluan krew yang lebih kecil,” katanya.

AirAsia berkata kapasiti tambahan pesawat A330s juga membolehkannya mengatasi kekangan slot di beberapa lapangan terbang, dan membolehkannya mengurus rangkaian dengan lebih baik. – Bernama