AirAsia pajak pesawat kepada PT Indonesia AirAsia Extra

AirAsia pajak pesawat kepada PT Indonesia AirAsia Extra

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) – AirAsia Bhd akan memajak lima pesawat Airbus A320-200 kepada PT Indonesia AirAsia Extra pada AS$21 juta (AS$1= RM4.31).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia Jumaat, AirAsia berkata, perjanjian pajakan itu selama 12 bulan dan boleh diperbaharui selepas itu mengikut terma-terma yang dipersetujui bersama.

PT Indonesia AirAsia Extra kini terlibat dalam perkhidmatan pengangkutan kos rendah, jarak jauh di bawah jenama AirAsia X di Indonesia.

Ia beroperasi dari hab utamanya di Denpasar, Bali ke Melbourne, Taipei dan Jakarta.

ARTIKEL YANG SAMA